Saturday, October 27, 2018

Bonding Day untuk Biro Penerbitan dan ICT, Kolej Aminuddin Baki.



Bonding Day digalakkan dijalankan untuk kelab atau persatuan atau sesuatu kumpulan. Ini kerana bonding day ini dapat mengerat hubungan silaturahim sesama ahli kumpulan. Bukan sahaja itu, secara fitrahnya manusia memerlukan orang lain baik sanak saudara mahupun rakan taulan untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Sepanjang kita berada dalam satu kumpulan atau kelab, kita memerlukan sikap kerjasama antara ahli supaya semua perkara berjalan dengan lancar.



Pada 27 Oktober 2018, kami, Biro Penerbitan dan ICT, telah bergerak ke Blue Lagoon, Port Dickson. Pada awal pagi pukul 8 kami berkumpul di belakang Cafe KAB, dan bergerak dengan menggunakan 5 kereta. Ia mengambil masa dalam 2 jam untuk sampai ke destinasi daripada UKM, Bangi. Sesampai kami disana, kami mencari tempat yang luas dan redup untuk duduk sepanjang satu hari di situ. Kami men-set up tempat dan mulakan aktiviti yang telah dirancang. Kami bermain pelbagai aktiviti bersama-sama, makan bersama-sama dan sebagainya. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah bermain bola baling di kawasan yang berair. Kami semua kotor beramai-ramai dan banyak bergelak ketawa.

Waktu tengah hari, kami membakar ayam (ayam bbq) bersama sama. Setelah selesai membakar ayam, kami makan di bawah pokok di atas tikar getah yang dibawa oleh rakan aku. Makanan yang disediakan adalah nasi goreng, ayam bbq, sosej dan juga air sirap. Selesai makan, dan semua orang kenyang, kami bergerak ke surau untuk solat zohor. Seterusnya kami sambung melakukan aktiviti kami.



Selepas asar, kami bersiap mengemas barang barang sebelum hari gelap. Kami sangat enjoy dan berseronok pada hari itu.

Monday, October 22, 2018

Pertandingan Pidato Piala TNC Hepa UKM



Pada 21 Oktober 2018, berlangsungnya pertandingan yang dinamakan Pertandingan Pidato Piala TNC Hepa UKM. Ia bertempat di Persada Canselori UKM. Saya hadir bagi memberikan sokongan kepada peserta dan melihat cara mahasiswa berpidato.

Pidato merupakan suatu perkara penting di abad ini. Beberapa pemidato memberikan hujah masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan. Bahasa yang indah yang digunakan oleh pemidato telah menarik banyak perhatian untuk mendengar apa yang diperkatakan. Banyak pendedahan dan ilmu pengetahuan saya dapat daripada mendengar pidato yang disampaikan oleh wakil kolej UKM. Pertandingan perlu untuk memberi saluran kepada mahasiswa yang minat dalam berpidato.



Belia-belia ini harus banyakkan membaca tentang isu-isu semasa negara. Perkara ini adalah yang penting kerana mereka boleh bercakap fakta-fakta yang dikhabarkan melalui pembacaaan dan kajian yang terperinci. Latihan ini harus dilakukan setiap hari dengan hanya membaca isu-isu semasa dalam dan luar negara. Apabila orang bertanyakan sesuatu, maka mereka boleh menjawab dengan penuh yakin tanpa sebarang keraguan.
Berpidato juga adalah untuk melontarkan pendapat yang meyakinkan oleh belia-belia ini semasa mereka berucap. Susunan ayat yang sistematik dan penggunaan bahasa intelek yang teratur mampu menjadikan mereka seorang belia yang boleh membudayakan seni pidato ini sebagai satu asas kekuatan untuk bersaing dengan negara maju. Kita harus ketahui bahawa bukan semua orang mampu berpidato dan berani bercakap di hadapan khalayak ramai. Ini kerana latihan yang utuh diperlukan serta minat yang mendalam untuk mewujudkan keyakinan dalam diri.

Oleh itu berpidato adalah satu langkah yang boleh dilihat sebagai teras kepada pembangunan negara dan jati diri seseorang. Melalui pidato juga ianya memberi bonus kepada mereka sekaligus mewujudkan belia yang berwawasan tinggi. Lenggok bahasa yang digunakan dan isu yang dikupaskan mampu menarik perhatian, kita percaya boleh membantu kemajuan negara.

OrangMuda.TV. https://orangmuda.tv/24/09/2013/pidato-mampu-melahirkan-belia-yang-cemerlang/. 24 September, 2013.

Sunday, October 21, 2018

Pertandingan Debat NC

Pada 21 Oktober 2018, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan satu pertandingan yang dinamakan Pertandingan Debat Naib Canselor. Pertandingan ini berlangsung di Persada Canselori UKM dengan anjuran Urusetia Pengucapan Awam, UKM. 
Melalui hujah-hujah yang diberikan oleh pendebat lain, saya akan dapat menambah pengetahuan yang telah sedia ada disamping memperbaiki kesilapan antara satu sama lain. Debat menyemai pemikiran kritikal. Suasana yang sangat riuh rendah pada malam tersebut membuatkan pertandingan menjadi lebih menarik. Tahniah kepada pendebat KAB kerana menjuarai dan juga menjadi pendebat terbaik. Semua ini menandakan budaya debat kita semakin semarak. Justeru, kita perlu meluaskannya lagi.
Satu elemen penting perdebatan ialah “penghujahan”. Menurut Richard Andrews, penghujahan ialah “idea-idea yang disusun secara logikal atau kuasi-logikal yang disokong dengan bukti”. Ia berbeza dengan diskusi. Ia diskusi yang lebih tinggi. 


Penghujahan yang baik penting bukan hanya untuk perdebatan. Ia juga penting dalam pendidikan dan bidang-bidang lain. Ini kerana, kemampuan berhujah dengan rasional adalah mustahak untuk hidup dalam masyarakat bertamadun; kemajuan ilmu lazimnya melalui penghujahan; penghujahan ada kaitan dengan penjelasan dan pembujukan; dan penghujahan menyeronokkan, terutamanya dalam dunia pendidikan. Dalam dunia pendidikan, oleh kerana penghujahan telah sebati dalam subjek-subjek yang diajar, maka, adalah lebih baik jika pengajar dan pelajar menguasainya. Agar lebih berjaya dalam menguasai subjek tersebut.
Terdapat teknik penghujahan yang berbeza bagi medium berbeza. Penghujahan yang baik dalam ucapan, diskusi dan debat tidak semestinya baik dalam penulisan. Begitu juga sebaliknya. Begitu juga dengan teknik penghujahan yang berbeza-beza dari satu bidang ke satu bidang lain. Mengajar penghujahan pula bukanlah mudah. Tetapi, sesiapa yang memahami akan kepentingan penghujahan dalam medium dan bidang yang digunakannya, akan bersedia menghadiri dan mengikuti program melibatkan pelbagai jenis penghujahan, termasuk daripada medium dan bidang yang berlainan. Ini kerana ia dapat belajar daripada proses tersebut.


Wednesday, October 17, 2018

THINGS TO DO TO MAKE SURE OUR ORNAMENTAL PLANTS ALIVE !

What is ornamental plants ?

Ornamental plants are plants that are grown for decorative purposes in gardens and landscape design projects, as houseplants, for cut flowers and specimen display. The cultivation of these, called floriculture, forms a major branch of horticulture.





Alright first thing first, 


1. Suit your space

Before you go to plant shop, make sure you check your space first and where exactly you want to put your plant. Usually, plants tag will show description showing you what kind lighting they need, and others, so you must sure you matching it the way you going to put them in your place.

2. Water needs.

Make sure you know your water needs of your plants as well. Some plant need more water than other. For example, Evergreens need water, even in early and late winter. The water will help hydrate the plant and increase survivability through winter. 

3. Good drainage.

Make sure the pot that you choose have good drainage because the plant living in the pot his whole life. So, its not going to get root rot. Sometimes if the plants grow big too large, it best to take out of the pot and plant it in something bigger.




4. Quit rearranging 

Quit rearranging the plant all the time. They will get to use in one space with sentimental of light. If you going to move it around all the time, sometimes they won't do to well.

5. Prune.

Prunning plants, just if your plants doesn't using extra energy on trying to recover the dead pieces, make sure you just grab garden scissors and just chop off all those dead leaves. 

6. Fertilise.

So, this is usually good to do in a spring or summer month. Just take a little of fertilizer, you can get a liquid fertilizer or pebble one. You just put under the top layer of the soil and you bother them in.


PEBBLE FERTILIZER


7. Avoid spots.
Avoid bad spots in where you put your plants. For example, make sure you not put in your plants near the air conditioners, or too close to any extreme sources of heat.

8. Inspect plants.
Inspesting plants before you buy them. Check the root, soil and the leaf, and just make sure the plants is in a good condition.

So yeah, here some example of ornamental plants,

♥️ Christmas Cactus
♥️ Pilea Peperomioides
♥️ Hedera Helix
♥️ Jade
♥️ Aloe Vera

Here’s link explain about one of ornamental plant that can clean the air
https://youtu.be/HG-t6p0Lo_c
USE PLANTS TO BRING LIFE !!!!


Tuesday, October 16, 2018

FIRST TIME DERMA DARAH !



Pada 16 Oktober 2018, hari Selasa. Di Pusanika UKM ada membuat pameran booth-booth dan Kempen Derma Darah. Pusat Darah Negara datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membuat Kempen Derma Darah untuk mahasiswa UKM yang sukarela menderma darah. Ia berlangsung selama 3 hari di Pusanika Aras 6. Ramai mahasiswa yang turut menderma darah dengan berharap dapat menolong orang yang memerlukan.

Disebabkan aku tidak pernah menderma darah, aku bercadang untuk menderma pada hari selasa tersebut. Sebelum menderma aku memberitahu ibu ayah aku untuk mendapat kebenaran mereka. Pada mulanya aku berasa sangat takut dengan jarum yang akan dicucuk di tangan aku. Tapi sangat teringin hendak menderma darah buat kali pertama. Maka, aku pergi ke meja pendaftaran dan ajk di situ memberikan borang untuk diisi sebelum boleh menderma darah. Selepas aku siap memenuhkan semua ruangan kosong yang ada pada borang itu, aku perlu beratur di bahagian cek darah. Bahagian ini penting kerana di bahagian ini lah kita akan tahu jenis darah dan tekanan darah. Jenis darah penting diketahui sebelum menderma darah untuk memudahkan doctor dan jururawat dapat mengasingkan darah mengikut jenis dan kategori. Selain itu, tekanan darah juga penting sebelum menderma kerana akan banyak darah dikeluarkan dari badan, maka tekanan darah seseorang itu mesti lah stabil. Jika tekanan darah seseorang itu tinggi atau rendah, pihak Pusat Darah Negara akan terus reject orang tersebut dan tidak akan dibenarkan derma darah.

Ada beberapa syarat yang perlu kita turuti sebelum menderma darah :

Sihat tubuh badan / tiada masalah kesihatan

Tidur lebih daripada 5 jam

Berat 45 kg keatas

Telah makan sebelum derma darah

Dan banyak lagi, boleh baca di laman web Pusat Darah Negara
https://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=168&Itemid=225&lang=ms
Di samping itu, kita perlu pergi ke bahagian Pemeriksaan kesihatan bersama Doktor. Doktor akan memeriksa tahap kesihatan kita, dan bertanya apa apa yang berkaitan dengan kesihatan kita. Selepas itu, doktor akan menyuruh kita untuk minum air mineral separuh botol. Seterusnya, barulah kita akan dilepaskan ke bahagian tempat menderma darah tersebut. Semasa itu, ada jururawat yang akan membantu kita dan menjaga kita. Aku duduk, tunggu dan lihat sahaja apa yang dilakukan oleh jururawat tersebut. Dalam beberapa minit, bag darah aku penuh, dan jarum yang dicucuk di tangan aku dikeluarkan.
Maka selesai sudah derma darah aku untuk kali pertama. Aku berharap dapat menderma darah untuk kali kedua dan seterusnya. Setelah selesai aku mendapat makanan (roti, air susu), ubat (untuk tambah darah), dan sijil !!!





Sekian sahaja cerita aku.

Hari Terbuka KAB



Pada 12 Oktober 2018, Kolej Aminuddin Baki telah membuat satu majlis itu ‘HARI TERBUKA KAB’. Ini adalah untuk pelajar-pelajar tahun 1 yang belum tahu apa kebajikan yang diberikan oleh pihak UKM ini. Program ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan KAB.

Saya dapat pelbagai pengetahuan tentang kebajikan yang UKM berikan kepada pelajar-pelajar UKM. Contohnya, Klinik Kesihatan UKM, insurans, pengangkutan dan banyak lagi. UKM sangat mementingkan dan mengambil berat serta prihatin terhadap kebajkan pelajar, supaya pelajar UKM dapat meneruskan pengajian di UKM dengan selesa. Terima kasih Biro Kebajikan KAB kerana menganjurkan program yang sangat bermanfaat untuk pelajar KAB.





Hari Terbuka KAB ini, pelajar Tahun 1 KAB berpeluang untuk lebih mengetahui kebajikan UKM dan ianya sangat penting. Hari Terbuka ini membolehkan mahasiswa mendapat matlumat tentang perkembangan kebajikan yang berlaku di UKM. UKM telah mengambil langkah inisiatif dan membuka mata dengan mengambil prihatin terhadap kebajikan mahasiswa di UKM ini. Program ini dapat meningkatkan pencapaian akademik mahasiswa secara tidak langsung kerana mereka akan lebih selesa apabila mendapat tahu bahawa keselamatan dan kebajikan mereka dijaga dengan baik dan dijamin selamat. Selain itu, Hari Terbuka ini mampu merapatkan hubungan antara mahasiswa UKM dengan staf UKM dan ini membolehkan mahasiswa mudah menghubungi pihak-pihak yang sepatutnya jika berlaku masalah.. Mahasiswa akan mengenali dengan lebih rapat dengan staf UKM selain daripada pensyarah yang mengajar di kuliah.

Monday, October 15, 2018

Pesta Pantun UKM 2018



Pada 15 Oktober 2018, Pesta Pantun UKM telah berlangsung dengan jayanya. Pesta ini dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan UKM dan bertempat di Pusanika Aras 6.

Pesta pantun ini bertujuan untuk mengangkat budaya berpantun sebagai budaya warisan yang tidak lapuk ditelan zaman serta dapat menguji kebijakan peserta dari pejalar-pelajar UKM, selain dapat mengeratkan silaturrahim. Ini adalah kali pertama saya melihat pesta pantun yang sangat meriah dan saya sangat teruja. Tahniah kepada Kolej Aminuddin Baki kerana telah menjuarai Pesta Pantun UKM 2018.

Indahnya pantun Melayu ni, cukup dengan ritma pada pembayang dan juga penghujungnya. Malah kalau kita perhatikan betul-betul pun, pembayangnya selalu bermula dengan kehidupan alam dan berdasarkan pemerhatian sekeliling mereka.

Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang. Fungsinya yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan berunsur ucapan, kegiatan seni, dan kegiatan bernsur pendidikan menyebabkan pantun terus digemari. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga merupakan hasil pengalaman hidup sederhana, yang dijalinkan dengan daya keintelektualan, dan seni masyarakat Melayu tradisional. Maka, pastinya pantun ialah pemerian latar hidup dan penghayatan seni masyarakat Melayu.





Dokumen. https://dokumen.tips/documents/kebaikan-pantun.html. 2015.

Monday, October 1, 2018

5 MAKANAN YANG PERLU MAHASISWA RASA DI UKM



Terdapat banyakkkkk makanan yang menyelerakan di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Antara tempat makan yang berada di dalam UKM adalah Hot Meal Bar, Cafeteria Kolej-kolej, MyCafe, Kedai Roti dan Kek, dan Kiosk makanan. Saya akan menyenaraikan 5 makanan yang wajib mahasiswa UKM rasai.


1. Mee Tarik


Mee Tarik ini bertempat di Hot Meal Bar, Pusanika Aras 5 UKM. Mee Tarik ini merupakan hidangan utama di kedai makan ini. Dijamin HALAL. Harga semangkuk mee tarik ini RM 6 SAHAJA. Pelajar UKM boleh mendapat diskaun jika makan di sini dengan membawa kad matrik. Paling menarik, Air minuman adalah PERCUMA.


2. Dumplin


Dumplin ini juga dikenali dengan ladu. Ia juga dijual di Hot Meal Bar, UKM. Harga di sini adalah sangat berpatutan dan mesra pelajar. Dumplin ini mempunyai banyak perisa seperti Udang Kucai, Ayam Cendawan, Kambing, Daging dan Telur. Harga bagi semangkuk (5 pcs) RM 6 dan semangkuk (10 pcs) RM 12. Bawa kad matrik untuk mendapat diskaun daripada harga asal.


3. MR. QROON’S CHICKEN RICE


Ini bukan nasi ayam biasa yang berada di kedai luar, tapi nasi ayam ini lebih menarik. Ianya terletak di Kafeteria Kolej Pendeta Zaaba di gerai no.21. Nasi yang digunakan ialah nasi ayam dan ayam yang dihidangkan merupakan ayam chicken chop dan juga disertakan dengan sos black pepper dan sambal. Harga RM 5 SAHAJA.


4. KEK DAN PASTRI


Kedai kek dan pastri juga ada di dalam kampus UKM, Bangi dan ianya terletak di Pusanika Aras 7 UKM. Antara jualan yang dijual adalah mini pavlova, red velvet kek, cheesecake, fruit tarts dan sebagainya. Harga adalah amat berpatutan.


5. Nasi Lemak Ayam


Nasi lemak adalah unik kerana ia mempunyai pelbagai jenis nasi lemak. Ada nasi lemak patayya, ayam, penyet dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan hanya RM 2 - RM 5. Lokasi gerai ini adalah di Kafeteria Kolej Pendeta Zaaba di gerai no.10 .





"Carilah kawan yang makan NASI Bukan kawan yang makan KAWAN"

DELIVERY MAKANAN DI MALAYSIA



Hari ini nak makan apa ? Nak makan kat mana ?


Ini merupakan soalan yang kita sering berhadapan apabila tiba waktu makan atau dikala lapar. Pada zaman yang penuh teknologi ini, semua matlumat hanya dihujung jari. Kebanyakkan penduduk terutama di kawasan bandar sering mengalami masalah tidak sempat untuk masak. Maka, mereka akan mengambil jalan mudah untuk membeli di kedai makan. Selain itu, terdapat juga restoren yang beroperasi selama 24 jam satu hari bagi penduduk yang suka makan.


Di sini saya senarai kan aplikasi yang melibatkan makanan dan juga restoren yang membuat penghantaran terus ke depan rumah.


makanan segera yang ada delivery :-


- MCDONALD


- PIZZA HUT


- KFC


- DOMINO PIZZA


- MARRYBROWN


aplikasi food delivery :-


- FOODPANDA


- GRABFOOD


- DAHMAKAN


- MAMMAM


- COOKED


- DELIVER EAT


DAN BANYAK FOOD DELIVERY YANG DIUSAHAKAN OLEH ORANG TEMPATAN


Anda tidak perlu risau lagi untuk makan apa dan ragu ragu rasa makanan mereka, kerana saya yakin makanan daripada senarai ini sedap. Saya harap dengan ini saya dapat membantu sesiapa yang masih pening dan berfikir lama untuk makan apa dan di mana.





“You are what what you eat eats.”


― Michael Pollan, In Defense of Food: An Eater's Manifesto

Ostrich Farm Port Dickson

Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...