Monday, October 1, 2018
5 MAKANAN YANG PERLU MAHASISWA RASA DI UKM
Terdapat banyakkkkk makanan yang menyelerakan di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Antara tempat makan yang berada di dalam UKM adalah Hot Meal Bar, Cafeteria Kolej-kolej, MyCafe, Kedai Roti dan Kek, dan Kiosk makanan. Saya akan menyenaraikan 5 makanan yang wajib mahasiswa UKM rasai.
1. Mee Tarik
Mee Tarik ini bertempat di Hot Meal Bar, Pusanika Aras 5 UKM. Mee Tarik ini merupakan hidangan utama di kedai makan ini. Dijamin HALAL. Harga semangkuk mee tarik ini RM 6 SAHAJA. Pelajar UKM boleh mendapat diskaun jika makan di sini dengan membawa kad matrik. Paling menarik, Air minuman adalah PERCUMA.
2. Dumplin
Dumplin ini juga dikenali dengan ladu. Ia juga dijual di Hot Meal Bar, UKM. Harga di sini adalah sangat berpatutan dan mesra pelajar. Dumplin ini mempunyai banyak perisa seperti Udang Kucai, Ayam Cendawan, Kambing, Daging dan Telur. Harga bagi semangkuk (5 pcs) RM 6 dan semangkuk (10 pcs) RM 12. Bawa kad matrik untuk mendapat diskaun daripada harga asal.
3. MR. QROON’S CHICKEN RICE
Ini bukan nasi ayam biasa yang berada di kedai luar, tapi nasi ayam ini lebih menarik. Ianya terletak di Kafeteria Kolej Pendeta Zaaba di gerai no.21. Nasi yang digunakan ialah nasi ayam dan ayam yang dihidangkan merupakan ayam chicken chop dan juga disertakan dengan sos black pepper dan sambal. Harga RM 5 SAHAJA.
4. KEK DAN PASTRI
Kedai kek dan pastri juga ada di dalam kampus UKM, Bangi dan ianya terletak di Pusanika Aras 7 UKM. Antara jualan yang dijual adalah mini pavlova, red velvet kek, cheesecake, fruit tarts dan sebagainya. Harga adalah amat berpatutan.
5. Nasi Lemak Ayam
Nasi lemak adalah unik kerana ia mempunyai pelbagai jenis nasi lemak. Ada nasi lemak patayya, ayam, penyet dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan hanya RM 2 - RM 5. Lokasi gerai ini adalah di Kafeteria Kolej Pendeta Zaaba di gerai no.10 .
"Carilah kawan yang makan NASI Bukan kawan yang makan KAWAN"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ostrich Farm Port Dickson
Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...
-
Pada 16 Oktober 2018, hari Selasa. Di Pusanika UKM ada membuat pameran booth-booth dan Kempen Derma Darah. Pusat Darah Negara datang ke Un...
-
Apa yang menarik di Bangi, Selangor ? Banyak tempat menarik di Bangi seperti tempat makan, tempat riadah dan sebagainya. Contohnya, Bangi ...
-
What is ornamental plants ? Ornamental plants are plants that are grown for decorative purposes in gardens and landscape design proje...
No comments:
Post a Comment