Pada 15 Oktober 2018, Pesta Pantun UKM telah berlangsung dengan jayanya. Pesta ini dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan UKM dan bertempat di Pusanika Aras 6.
Pesta pantun ini bertujuan untuk mengangkat budaya berpantun sebagai budaya warisan yang tidak lapuk ditelan zaman serta dapat menguji kebijakan peserta dari pejalar-pelajar UKM, selain dapat mengeratkan silaturrahim. Ini adalah kali pertama saya melihat pesta pantun yang sangat meriah dan saya sangat teruja. Tahniah kepada Kolej Aminuddin Baki kerana telah menjuarai Pesta Pantun UKM 2018.
Indahnya pantun Melayu ni, cukup dengan ritma pada pembayang dan juga penghujungnya. Malah kalau kita perhatikan betul-betul pun, pembayangnya selalu bermula dengan kehidupan alam dan berdasarkan pemerhatian sekeliling mereka.
Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang. Fungsinya yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan berunsur ucapan, kegiatan seni, dan kegiatan bernsur pendidikan menyebabkan pantun terus digemari. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga merupakan hasil pengalaman hidup sederhana, yang dijalinkan dengan daya keintelektualan, dan seni masyarakat Melayu tradisional. Maka, pastinya pantun ialah pemerian latar hidup dan penghayatan seni masyarakat Melayu.
Dokumen. https://dokumen.tips/documents/kebaikan-pantun.html. 2015.
No comments:
Post a Comment