Tuesday, October 16, 2018

Hari Terbuka KAB



Pada 12 Oktober 2018, Kolej Aminuddin Baki telah membuat satu majlis itu ‘HARI TERBUKA KAB’. Ini adalah untuk pelajar-pelajar tahun 1 yang belum tahu apa kebajikan yang diberikan oleh pihak UKM ini. Program ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan KAB.

Saya dapat pelbagai pengetahuan tentang kebajikan yang UKM berikan kepada pelajar-pelajar UKM. Contohnya, Klinik Kesihatan UKM, insurans, pengangkutan dan banyak lagi. UKM sangat mementingkan dan mengambil berat serta prihatin terhadap kebajkan pelajar, supaya pelajar UKM dapat meneruskan pengajian di UKM dengan selesa. Terima kasih Biro Kebajikan KAB kerana menganjurkan program yang sangat bermanfaat untuk pelajar KAB.





Hari Terbuka KAB ini, pelajar Tahun 1 KAB berpeluang untuk lebih mengetahui kebajikan UKM dan ianya sangat penting. Hari Terbuka ini membolehkan mahasiswa mendapat matlumat tentang perkembangan kebajikan yang berlaku di UKM. UKM telah mengambil langkah inisiatif dan membuka mata dengan mengambil prihatin terhadap kebajikan mahasiswa di UKM ini. Program ini dapat meningkatkan pencapaian akademik mahasiswa secara tidak langsung kerana mereka akan lebih selesa apabila mendapat tahu bahawa keselamatan dan kebajikan mereka dijaga dengan baik dan dijamin selamat. Selain itu, Hari Terbuka ini mampu merapatkan hubungan antara mahasiswa UKM dengan staf UKM dan ini membolehkan mahasiswa mudah menghubungi pihak-pihak yang sepatutnya jika berlaku masalah.. Mahasiswa akan mengenali dengan lebih rapat dengan staf UKM selain daripada pensyarah yang mengajar di kuliah.

No comments:

Post a Comment

Ostrich Farm Port Dickson

Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...