Pada 16 Oktober 2018, hari Selasa. Di Pusanika UKM ada membuat pameran booth-booth dan Kempen Derma Darah. Pusat Darah Negara datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membuat Kempen Derma Darah untuk mahasiswa UKM yang sukarela menderma darah. Ia berlangsung selama 3 hari di Pusanika Aras 6. Ramai mahasiswa yang turut menderma darah dengan berharap dapat menolong orang yang memerlukan.
Disebabkan aku tidak pernah menderma darah, aku bercadang untuk menderma pada hari selasa tersebut. Sebelum menderma aku memberitahu ibu ayah aku untuk mendapat kebenaran mereka. Pada mulanya aku berasa sangat takut dengan jarum yang akan dicucuk di tangan aku. Tapi sangat teringin hendak menderma darah buat kali pertama. Maka, aku pergi ke meja pendaftaran dan ajk di situ memberikan borang untuk diisi sebelum boleh menderma darah. Selepas aku siap memenuhkan semua ruangan kosong yang ada pada borang itu, aku perlu beratur di bahagian cek darah. Bahagian ini penting kerana di bahagian ini lah kita akan tahu jenis darah dan tekanan darah. Jenis darah penting diketahui sebelum menderma darah untuk memudahkan doctor dan jururawat dapat mengasingkan darah mengikut jenis dan kategori. Selain itu, tekanan darah juga penting sebelum menderma kerana akan banyak darah dikeluarkan dari badan, maka tekanan darah seseorang itu mesti lah stabil. Jika tekanan darah seseorang itu tinggi atau rendah, pihak Pusat Darah Negara akan terus reject orang tersebut dan tidak akan dibenarkan derma darah.
Ada beberapa syarat yang perlu kita turuti sebelum menderma darah :
Sihat tubuh badan / tiada masalah kesihatan
Tidur lebih daripada 5 jam
Berat 45 kg keatas
Telah makan sebelum derma darah
Dan banyak lagi, boleh baca di laman web Pusat Darah Negara
https://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=168&Itemid=225&lang=ms
Ada beberapa syarat yang perlu kita turuti sebelum menderma darah :
Sihat tubuh badan / tiada masalah kesihatan
Tidur lebih daripada 5 jam
Berat 45 kg keatas
Telah makan sebelum derma darah
Dan banyak lagi, boleh baca di laman web Pusat Darah Negara
https://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=168&Itemid=225&lang=ms
Di samping itu, kita perlu pergi ke bahagian Pemeriksaan kesihatan bersama Doktor. Doktor akan memeriksa tahap kesihatan kita, dan bertanya apa apa yang berkaitan dengan kesihatan kita. Selepas itu, doktor akan menyuruh kita untuk minum air mineral separuh botol. Seterusnya, barulah kita akan dilepaskan ke bahagian tempat menderma darah tersebut. Semasa itu, ada jururawat yang akan membantu kita dan menjaga kita. Aku duduk, tunggu dan lihat sahaja apa yang dilakukan oleh jururawat tersebut. Dalam beberapa minit, bag darah aku penuh, dan jarum yang dicucuk di tangan aku dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment