Monday, October 22, 2018

Pertandingan Pidato Piala TNC Hepa UKM



Pada 21 Oktober 2018, berlangsungnya pertandingan yang dinamakan Pertandingan Pidato Piala TNC Hepa UKM. Ia bertempat di Persada Canselori UKM. Saya hadir bagi memberikan sokongan kepada peserta dan melihat cara mahasiswa berpidato.

Pidato merupakan suatu perkara penting di abad ini. Beberapa pemidato memberikan hujah masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan. Bahasa yang indah yang digunakan oleh pemidato telah menarik banyak perhatian untuk mendengar apa yang diperkatakan. Banyak pendedahan dan ilmu pengetahuan saya dapat daripada mendengar pidato yang disampaikan oleh wakil kolej UKM. Pertandingan perlu untuk memberi saluran kepada mahasiswa yang minat dalam berpidato.



Belia-belia ini harus banyakkan membaca tentang isu-isu semasa negara. Perkara ini adalah yang penting kerana mereka boleh bercakap fakta-fakta yang dikhabarkan melalui pembacaaan dan kajian yang terperinci. Latihan ini harus dilakukan setiap hari dengan hanya membaca isu-isu semasa dalam dan luar negara. Apabila orang bertanyakan sesuatu, maka mereka boleh menjawab dengan penuh yakin tanpa sebarang keraguan.
Berpidato juga adalah untuk melontarkan pendapat yang meyakinkan oleh belia-belia ini semasa mereka berucap. Susunan ayat yang sistematik dan penggunaan bahasa intelek yang teratur mampu menjadikan mereka seorang belia yang boleh membudayakan seni pidato ini sebagai satu asas kekuatan untuk bersaing dengan negara maju. Kita harus ketahui bahawa bukan semua orang mampu berpidato dan berani bercakap di hadapan khalayak ramai. Ini kerana latihan yang utuh diperlukan serta minat yang mendalam untuk mewujudkan keyakinan dalam diri.

Oleh itu berpidato adalah satu langkah yang boleh dilihat sebagai teras kepada pembangunan negara dan jati diri seseorang. Melalui pidato juga ianya memberi bonus kepada mereka sekaligus mewujudkan belia yang berwawasan tinggi. Lenggok bahasa yang digunakan dan isu yang dikupaskan mampu menarik perhatian, kita percaya boleh membantu kemajuan negara.

OrangMuda.TV. https://orangmuda.tv/24/09/2013/pidato-mampu-melahirkan-belia-yang-cemerlang/. 24 September, 2013.

No comments:

Post a Comment

Ostrich Farm Port Dickson

Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...