Sunday, October 21, 2018

Pertandingan Debat NC

Pada 21 Oktober 2018, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan satu pertandingan yang dinamakan Pertandingan Debat Naib Canselor. Pertandingan ini berlangsung di Persada Canselori UKM dengan anjuran Urusetia Pengucapan Awam, UKM. 
Melalui hujah-hujah yang diberikan oleh pendebat lain, saya akan dapat menambah pengetahuan yang telah sedia ada disamping memperbaiki kesilapan antara satu sama lain. Debat menyemai pemikiran kritikal. Suasana yang sangat riuh rendah pada malam tersebut membuatkan pertandingan menjadi lebih menarik. Tahniah kepada pendebat KAB kerana menjuarai dan juga menjadi pendebat terbaik. Semua ini menandakan budaya debat kita semakin semarak. Justeru, kita perlu meluaskannya lagi.
Satu elemen penting perdebatan ialah “penghujahan”. Menurut Richard Andrews, penghujahan ialah “idea-idea yang disusun secara logikal atau kuasi-logikal yang disokong dengan bukti”. Ia berbeza dengan diskusi. Ia diskusi yang lebih tinggi. 


Penghujahan yang baik penting bukan hanya untuk perdebatan. Ia juga penting dalam pendidikan dan bidang-bidang lain. Ini kerana, kemampuan berhujah dengan rasional adalah mustahak untuk hidup dalam masyarakat bertamadun; kemajuan ilmu lazimnya melalui penghujahan; penghujahan ada kaitan dengan penjelasan dan pembujukan; dan penghujahan menyeronokkan, terutamanya dalam dunia pendidikan. Dalam dunia pendidikan, oleh kerana penghujahan telah sebati dalam subjek-subjek yang diajar, maka, adalah lebih baik jika pengajar dan pelajar menguasainya. Agar lebih berjaya dalam menguasai subjek tersebut.
Terdapat teknik penghujahan yang berbeza bagi medium berbeza. Penghujahan yang baik dalam ucapan, diskusi dan debat tidak semestinya baik dalam penulisan. Begitu juga sebaliknya. Begitu juga dengan teknik penghujahan yang berbeza-beza dari satu bidang ke satu bidang lain. Mengajar penghujahan pula bukanlah mudah. Tetapi, sesiapa yang memahami akan kepentingan penghujahan dalam medium dan bidang yang digunakannya, akan bersedia menghadiri dan mengikuti program melibatkan pelbagai jenis penghujahan, termasuk daripada medium dan bidang yang berlainan. Ini kerana ia dapat belajar daripada proses tersebut.


No comments:

Post a Comment

Ostrich Farm Port Dickson

Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...