Wednesday, November 28, 2018

HAIWAN PERLIHARAAN

Ramai yang suka haiwan, ramai juga tidak. Tetapi kita mestilah menyayangi dan melayan haiwan dengan baik. Mereka juga mempunyai perasaan. Mereka boleh berasa sedih, marah, dan juga gembira. Haiwan peliharaan atau haiwan kesayangan ialah haiwan yang dipelihara sebagai peneman dan untuk menggembirakan pemiliknya. Haiwan peliharaan paling popular ialah yang setia ataupun suka bermain-main, memikat perhatian, ataupun nyanyiannya. Haiwan peliharaan juga dapat mengurangkan tekanan kepada pemiliknya yang suka bermain dengan haiwan.
Disini saya akan menyenaraikan beberapa haiwan peliharaan yang boleh di pelihara di rumah,,,
  1. KUCING - merupakan haiwan yang manja dan comel.
  2. ANJING - merupakan haiwan yang paling setia
  3. HAMSTER - merupakan spesis tikus comel dan suka makan kuaci & keju
  4. IKAN - merupakan haiwan yang boleh memberi rangsangan positif kepada pemerhati
  5. GUINEA PIG - merupakan pesaing kepada hamster dan mempunyai badan yang besar daripada hamster
  6. SUGAR GLIDER - merupakan haiwan yang aktif dan mempunyai mata yang bulat
  7. ARNAB - menyerupai gula gula kapas dan menjadi kegemaran kanak-kanak
  8. BURUNG - dapat memberikan ketenangan minda
  9. IGUANA - juga dikenali naga kecil dan suka cahaya matahari
  10. KURA-KURA - gemarkan keadaan lembap dan agak sukar dijaga


Kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran seharusnya menjaga dan memelihara haiwan-haiwan agar sentiasa bersih dan selesa untuk mereka menjalakan kehidupan seharian. Banyak kebaikan daripada mempunyai haiwan perliharaan ini. Antaranya mengatasi kesunyian, membuat kita tergelak/gembira dengan telatah mereka dan mengelakkan kita menjadi malas.

Akhir kata, Sayangi Haiwan <3 font="">

Monday, November 26, 2018

FASILITATOR PROGRAM USAHAWAN CILIK



Program Usahawan Cilik ini diadakan untuk pelajar sekolah rendah yang telah dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah yang kurang pengetahuan tentang keusahawanan. Keusahawanan pada masa kini adalah sangat popular kerana semua orang ini mencari duit poket tambahan atas akibat ekonomi yang kurang stabil.

Keusahawanan juga bukan sahaja untuk orang dewasa. Ia adalah terbuka untuk semua peringkat umur, jadi kanak-kanak juga boleh berniaga. Pengawasan ibu bapa amat penting jika anak-anak mereka hendak memulakan perniagaan. Sokongan daripada ibu bapa juga penting sama ada dari segi fizikal dan mental. Kanak-kanak yang berminat untuk menjalankan perniagaan pada usia yang muda memerlukan ilmu pengetahuan. Maka, program seperti ini sangat digalakkan dan diperbanyakkan sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta. Ianya juga merupakan tanggungjawab pihak tertentu untuk membantu anak muda seperti memberi subsidi modal atau peralatan.



Saya sebagai fasilitator Program Usahawan Cilik dapat melihat secara keseluruhan bahawa pelajar-pelajar sekolah rendah mempunyai potensi jika mereka lebih mendalami ilmu keusahawanan dengan lebih banyak. Program ini diadakan di Atrium FEP. Program ini juga banyak dijalankan di beberapa sekolah rendah yang terpilih. Banyak aktiviti yang dijalan, dan beberapa slot yang diketuai dengan pensyarah FEP. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap nama kumpulan itu diberi nama dengan nama haiwan seperti ayam jantan, beruang, kucing, lebah dan banyak lagi.








Pengalaman pertama kali menjadi fasilitator tidak akan saya lupakan kerana ianya kenangan yang manis buat saya dan saya bangga dengan diri saya dapat membuat sesuatu yang saya sendiri tidak sangka saya dapat buat.

Wednesday, November 21, 2018

Pengalaman SEDIH, MARAH & TAKUT dan cara mengawal.

SEDIH 😭😭😭

Pengalaman sedih yang saya pernah alami adalah saya dilupakan oleh kawan baik saya sendiri. Saya sudah berkawan dengan dia 3 tahun bersama-sama mengharungi kenangan pahit dan manis. Saya sedih kerana kami tidak dapat menyambungkan pelajaran di universiti yang sama dan dia mencari kawan yang baru serta tidak mengendahkan saya lagi. Walaubagaimanapun, saya tahu saya tidak boleh bersedih lama, kerana itu tidak merubah apa-apa. Saya berfikiran positif, dan sibukkan diri saya dengan hal-hal positif contohnya sentiasa bersenyum dan menggembirakan hati sendiri dengan mencari kawan lain. Apa yang penting adalah kualiti tetapi bukan kuantiti dan semua orang berhak berkawan dan bergaul dengan sesiapa.

MARAH 💢💢💢

Emosi marah merupakan sifat normal tetapi perlu dikawal. Pengalaman tentang emosi marah yang pernah saya alami adalah semasa menunggu giliran untuk mengambil kad siswa di bank rakyat. Saya sangat marah kerana saya telah menunggu 2 jam di bank tersebut hanya untuk mengambil kad siswa sahaja dan masih tidak dapat kad siswa saya. Apabila saya bertanyakan kepada pekerja di kaunter tersebut, beliau berkata beliau terlupa borang yang saya berikan kerana beliau letak di tempat orang lain. Tahap kemarahan saya pada tahap yang maksima. Walaubagaimanapun, saya masih bersabar, kerana setiap manusia melakukan kesilapan begitu juga dengan saya. Saya hanya membuat riak muka tidak puas hati kerana saya tidak mahu perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut saya. Tetapi apabila pekerja tersebut meminta maaf, tahap kemarahan saya semakin reda.

TAKUT 😲😲😲

Pengalaman tentang emosi takut yang tidak dapat saya lupakan adalah semasa kereta saya hilang. Saya membuat kerja sambilan di sebuah pasaraya. Saya pergi ke kerja pada waktu pagi pukul 9am dan pulang pada waktu malam pukul 8pm. Pagi saya parking di tempat biasa, dan apabila saya hendak pulang ke rumah saya dapati kereta saya hilang. Saya berasa sangat panik dan takut. Tangan saya menggigil. Saya mencari di seluruh kawasan parking tersebut tetapi masih tidak ada. Walaubagaimanapun, saya cuba untuk tenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam, beristighfar, bertanya dengan orang yang berada berdekatan parking tersebut dan ingat balik saya parking dimana. Lalu, saya terus menelefon ibu bapa dan menceritakan apa yang sedang berlaku.

Monday, November 19, 2018

A short vacation in Kuantan & Pekan, Pahang



Aku dan Syahiera, pergi ke Pahang untuk tujuan bercuti. Tetapi percutian ini hanya mengambil masa 2 hari 1 malam. Kami lari daripada penjara assignment untuk mencari ketenangan supaya kami tidak stress. Kami berbincang dengan baik dan telah membuat keputusan untuk pergi ke Pahang kerana seorang kawan kami berada di sana, Ain Narisha. Ain akan menjadi ‘tour guide’ kami di Pahang. Dengan ini, kami bertiga akan mengikuti percutian di Pahang.



Pada hari sabtu pagi, aku dan Syahiera menuju ke Pahang dengan menaiki bas dari Terminal Bas Bersepadu. Ia hanya mengambil masa 3 jam sahaja dan kami bertemu rakan kami, Ain di Kuantan City Mall. Setelah 5 bulan tidak berjumpa akhirnya kami berjumpa dengan Ain. Kami terus pergi restoran yang menarik minat kami kerana ia baru dibuka. Kami berminat untuk merasa makanan terbaru mereka. Design yang restoran itu buat seperti ala ala cina. Setelah selesai kami sangat suka dengan makanan mereka dan staff juga sangat mesra pelanggan dengan suasana yang sangat selesa.



Ain mengajak aku dan Syahiera untuk menonton wayang selepas makan. Kami pun menuju ke aras atas sekali ke kaunter tiket untuk membeli tiket movie Paskal. Apabila beberapa minit beratur, kami akhirnya dapat membeli 3 tiket. Kami ke bilik tayangan tersebut. Selesai tayangan movie Paskal, kami sangat berpuas hati dengan jalan cerita movie Paskal ini. Saya member 10/10 kerana filem aksi ini sangat gempak.
Selepas itu, kami berjalan-jalan di Kuantan City Mall tersebut sambil bershopping barang-barang yang diperlukan. Selepas penat pusing-pusing di mall tersebut, kami mencari desert untuk makan minum kerana kami lapar. Kami berada di mall tersebut selama 6 jam dan kami menuju ke terminal bas Pahang untuk ke destinasi seterunya.

Pada malam itu, kami menginap di kampung Syahiera iaitu di Pekan, Pahang. Kami menginap di situ hanya satu malam sahaja. Kami tidur di satu bilik yang disediakan oleh nenek Syahiera. Permandangan kawasan kampong Syahiera sangat indah kerana rumahnya berhadapan dengan masjid besar dan belakang rumahnya ada sungai. Layanan daripada makcik dan nenek Syahiera sangat baik. Sebelum tidur kami berbual dan bercerita macam macam topik dan juga bergelak ketawa sehingga seorang seorang tidur. Malam yang hening dan sejuk membuatkan tidur kami terlalu lena.



Pada keesokkan hari, kami pergi ke pantai berhampiran kampung Syahiera. Pantai tersebut dari rumah hanya mengambil masa 7 minit. Pantai tersebut sangat cantik dan bersih. Kami mengambil gambar untuk simpan sebagai memori. Kami berjalan di kaki kaki pantai sambil berbual dan ketawa. Permandangan yang sangat indah telah menenangkan fikiran dan jiwa kami sebagai seorang mahasiswa universiti. Meluangkan masa bersama Ain dan Syahiera di Pahang untuk percutian kali ini merupakan pengalaman yang saya tidak dapat saya lupakan dan juga pengalaman manis.



Akhir pada Ahad petang, aku dan Syahiera terpaksa berpisah dengan Ain kerana Ain perlu pulang ke UMP dan kami kami perlu pulang ke UKM. Saya sangat sedih tetapi sangat gembira juga atas kenangan yang manis yang kami lalui bersama.

Thursday, November 15, 2018

Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki



Minggu Keusahawanan ini berlangsung pada 12 hingga 15 November 2018 yang terletak di Taman Siswa Siswi, Kolej Aminuddin Baki anjuran Biro Keusahawanan KAB. Minggu ini mendapat banyak sambutan daripada mahasiswa UKM dan termasuk juga pelajar-pelajar daripada kolej lain.



Semasa Minggu Keusahawanan, setiap biro KAB telah membuka gerai dan mejual pelbagai makanan dan minuman. Banyak pengalaman yang dapat perolehi oleh pelajar-pelajar yang terlibat dengan jualan minggu usahawan ini. Kami semua bekerjasama menjayakan gerai biro masing-masing supaya minggu ini berjalan dengan lancar. Antara biro-biro yang terlibat adalah biro penerbitan dan ict, biro kerohanian, biro kebudayaan, biro kebajikan, biro siswi, biro sukan, dan biro-biro lain. Aku berada di dalam biro penerbitan dan ict, gerai kami menjual ‘Zinger Burger’, ayam popcorn, dan juga ayam nugget. Jualan kami mendapat sambutan yang hangat kerana selama 4 hari jualan kami akan habis dan sangat laris. Kami mendapat untung yang besar daripada jualan yang kami lakukan semasa minggu usahawan itu.



Selain itu, terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan lain seperti laksa, keropok lekor, pau, cendawan goring, roti pizza, murtabak magi, steamboat, roti sosej, burger, mee bandung, roti john dan banyak lagi makanan yang lain. Setiap hari Minggu Keusahawanan ini akan bermula pada pukul 5 petang sehingga 12 malam selama 4 hari. Sepanjang minggu itu, persediaan pembukaan gerai akan bermula pukul 2 petang.

Selain daripada jualan makanan minuman, Minggu Keusahawanan juga terdapat Fun Fair yang dijalankan oleh Biro Keusahawanan. Aktiviti yang ada adalah baling bola, pancing ikan, nyanyian, win to shine dan banyak lagi aktiviti lain. Ramai yang datang ke Minggu Usahawan ini untuk membeli juadah makan malam.



Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki merupakan pengalaman untuk pelajar-pelajar Kolej Aminuddin Baki berniaga.

Sunday, November 4, 2018

MINGGU MESRA MAHASISWA A.K.A MINGGU ORENTASI



Selamat sejahtera,

Bagi saya minggu mesra mahasiswa bukanlah seperti yang saya sangkakan. Ini kerana saya ada bertanya kepada beberapa alumni UKM bagaimana minggu orentasi mereka semasa mereka berada di UKM dan jawapan yang mereka berikan membuatkan saya takut untuk melalui minggu orentasi di UKM. Maka saya hanya bersangka baik dan berharap tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Saya sangat gembira melalui Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2018/2019 kerana ia sangat meriah. MMM terbahagi kepada beberapa domain iaitu domain keusahawanan, domain sukan, domain kebudayaan, domain kesukarelawanan dan sebagainya. Pelajar tahun 1 perlu pergi ke domain-domain tersebut dengan hanya bergantung kepada apps Mesra@UKM yang diwajibkan bagi semua pelajar download semasa MMM. UKM membuat sebegitu supaya pelajar tahun 1 dapat berdikari untuk mengenali UKM dengan cepat dan UKM menggunakan teknologi maju pada zaman sekarang untuk memudahkan perjalanan MMM tersebut.
Disini saya sertakan gambar sepanjang MMM yang saya lalui...


Domain Keusahawanan


Domain Kebudayaan


Domain Kesukarelawanan 


Domain Sukan

Setelah 5 hari MMM, maka malam yang ditunggu-tunggu telah tiba, iaitu malam terakhir Minggu Mesra Mahasiswa. Pada malam ini, ia istimewa kerana pejalar tahun 1 akan berikrar untuk menjadi seorang mahasiswa secara official. Ikrar ini berlangsung di dataran Dewan Gemilang. Sebelum berikrar, pelbagai persembahan yang dipersembahkan oleh mahasiswa UKM.

Thursday, November 1, 2018

SATU HARI DI KUALA LUMPUR BERSAMA IBU AYAH



Aku mempunyai 3 adik beradik dan aku adalah anak sulong. Adik kedua pula 18 tahun lelaki dan ketiga 12 tahun perempuan. Keluarga aku suka berjalan-jalan dan mengambil angin semasa cuti sekolah. Kami sering pergi bercuti bersama-sama apabila aku dan adik-adik aku cuti. Ini kerana aku berada di UKM Bangi, Selangor dan adik kedua aku berada di Matrikulasi Johor. Disebabkan cuti kami berbeza, ini menyukarkan kami untuk selalu bercuti. Kami akan memanfaatkan cuti yang kami ada bersama dengan perkara yang berfaedah supaya hubungan sesama keluarga erat dan kasih sayang antara kami semakin kuat. Umur aku semakin meningkat dan ini membuatkan aku lebih menghargai masa yang aku ada untuk bersama dengan keluarga aku.

Pada 16 September 2018, adik-adik aku terpaksa bersekolah dan tidak mendapat cuti pada hari tersebut. Maka, aku, ibu dan ayah berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah tempat lahir aku. Aku dilahirkan di Pusat Rawatan Islam KL dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Kami menaiki MRT dari Stesen Kajang, ayah parking kereta di tempat letak kereta mrt kajang dan kami menuju ke Pasar Seni. Kami turun di stesen MRT Pasa Seni. Ia mengambil masa dalam 30 min+. Kami bertiga berjalan kaki dari Pasar Seni ke Sogo KL. Cuaca pada masa itu adalah hujan renyai renyai. Ya, kami bertiga meredah bersama-sama sehingga kasut aku basah Haha. Kami berjalan-jalan di Pasar Seni yang tidak pernah saya jejaki selama saya hidup 19 tahun. Aku membeli beberapa cenderamata untuk adik-adik aku serta makan di kedai makan yang berada di Pasar Seni itu. Saya puas melihat seni seni yang sangat kreatif dan menarik, yang masih hidup pada zaman moden ini. Seni tradisional ini tidak patut dilupakan malah perlu diberi perhatian supaya zaman akan datang mereka tau tentang tradisi yang berada di negara kita.
Selepas puas kami berjalan di pasar seni, kami menuju ke SOGO KL kerana aku ingin membeli belah. Kami berjalan agak jauh melalui beberapa bangunan dalam keadaan cuaca yang masih basah. Semasa berjalan, saya melihat pelbagai kaum dan bangsa juga berjalan jalan di situ. Termasuklah pelancong asing dari negara luar turut bercuti di Kuala Lumpur. Kami melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dinamakan sempena nama Agong pertama (Raja). Bangunan pra-perang di jalan ini, dengan ciri-ciri unik mereka, masih wujud dan dipelihara. Setiap hari Sabtu, antara 5 hingga 10 petang, Lorong Tuanku Abdul Rahman ditutup kepada kenderaan untuk memberi ruang untuk pasar malam yang menawarkan pelbagai jenis fabrik, tekstil, pakaian dan makanan pada harga yang menarik. Tidak dilupakan juga kami melalui Jalan Masjid India untuk membeli barang barang yang dirancang pun Haha.
Sesampainya kami di SOGO KL. Aku dapati terdapat beberapa barang yang promosi. Selepas membeli belah. Kami turun ke aras bawah untuk makan. Saya membeli Boost Juice dan Street Churros manakala ibu dan ayah makan makanan berat. Dalam satu jam kami berehat dan makan, kami pulang. Kami menaiki LRT untuk ke pertukaran stesen MRT. Dari situ kami akan terus menuju ke MRT Kajang.







Pengalaman ini tidak mungkin dapat saya lupakan kerana ini adalah pengalaman manis bersama ibu dan ayah.

Ostrich Farm Port Dickson

Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...