Minggu Keusahawanan ini berlangsung pada 12 hingga 15 November 2018 yang terletak di Taman Siswa Siswi, Kolej Aminuddin Baki anjuran Biro Keusahawanan KAB. Minggu ini mendapat banyak sambutan daripada mahasiswa UKM dan termasuk juga pelajar-pelajar daripada kolej lain.
Semasa Minggu Keusahawanan, setiap biro KAB telah membuka gerai dan mejual pelbagai makanan dan minuman. Banyak pengalaman yang dapat perolehi oleh pelajar-pelajar yang terlibat dengan jualan minggu usahawan ini. Kami semua bekerjasama menjayakan gerai biro masing-masing supaya minggu ini berjalan dengan lancar. Antara biro-biro yang terlibat adalah biro penerbitan dan ict, biro kerohanian, biro kebudayaan, biro kebajikan, biro siswi, biro sukan, dan biro-biro lain. Aku berada di dalam biro penerbitan dan ict, gerai kami menjual ‘Zinger Burger’, ayam popcorn, dan juga ayam nugget. Jualan kami mendapat sambutan yang hangat kerana selama 4 hari jualan kami akan habis dan sangat laris. Kami mendapat untung yang besar daripada jualan yang kami lakukan semasa minggu usahawan itu.
Selain itu, terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan lain seperti laksa, keropok lekor, pau, cendawan goring, roti pizza, murtabak magi, steamboat, roti sosej, burger, mee bandung, roti john dan banyak lagi makanan yang lain. Setiap hari Minggu Keusahawanan ini akan bermula pada pukul 5 petang sehingga 12 malam selama 4 hari. Sepanjang minggu itu, persediaan pembukaan gerai akan bermula pukul 2 petang.
Selain daripada jualan makanan minuman, Minggu Keusahawanan juga terdapat Fun Fair yang dijalankan oleh Biro Keusahawanan. Aktiviti yang ada adalah baling bola, pancing ikan, nyanyian, win to shine dan banyak lagi aktiviti lain. Ramai yang datang ke Minggu Usahawan ini untuk membeli juadah makan malam.

Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki merupakan pengalaman untuk pelajar-pelajar Kolej Aminuddin Baki berniaga.

Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki merupakan pengalaman untuk pelajar-pelajar Kolej Aminuddin Baki berniaga.
No comments:
Post a Comment