Aku mempunyai 3 adik beradik dan aku adalah anak sulong. Adik kedua pula 18 tahun lelaki dan ketiga 12 tahun perempuan. Keluarga aku suka berjalan-jalan dan mengambil angin semasa cuti sekolah. Kami sering pergi bercuti bersama-sama apabila aku dan adik-adik aku cuti. Ini kerana aku berada di UKM Bangi, Selangor dan adik kedua aku berada di Matrikulasi Johor. Disebabkan cuti kami berbeza, ini menyukarkan kami untuk selalu bercuti. Kami akan memanfaatkan cuti yang kami ada bersama dengan perkara yang berfaedah supaya hubungan sesama keluarga erat dan kasih sayang antara kami semakin kuat. Umur aku semakin meningkat dan ini membuatkan aku lebih menghargai masa yang aku ada untuk bersama dengan keluarga aku.
Pada 16 September 2018, adik-adik aku terpaksa bersekolah dan tidak mendapat cuti pada hari tersebut. Maka, aku, ibu dan ayah berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah tempat lahir aku. Aku dilahirkan di Pusat Rawatan Islam KL dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Kami menaiki MRT dari Stesen Kajang, ayah parking kereta di tempat letak kereta mrt kajang dan kami menuju ke Pasar Seni. Kami turun di stesen MRT Pasa Seni. Ia mengambil masa dalam 30 min+. Kami bertiga berjalan kaki dari Pasar Seni ke Sogo KL. Cuaca pada masa itu adalah hujan renyai renyai. Ya, kami bertiga meredah bersama-sama sehingga kasut aku basah Haha. Kami berjalan-jalan di Pasar Seni yang tidak pernah saya jejaki selama saya hidup 19 tahun. Aku membeli beberapa cenderamata untuk adik-adik aku serta makan di kedai makan yang berada di Pasar Seni itu. Saya puas melihat seni seni yang sangat kreatif dan menarik, yang masih hidup pada zaman moden ini. Seni tradisional ini tidak patut dilupakan malah perlu diberi perhatian supaya zaman akan datang mereka tau tentang tradisi yang berada di negara kita.
Selepas puas kami berjalan di pasar seni, kami menuju ke SOGO KL kerana aku ingin membeli belah. Kami berjalan agak jauh melalui beberapa bangunan dalam keadaan cuaca yang masih basah. Semasa berjalan, saya melihat pelbagai kaum dan bangsa juga berjalan jalan di situ. Termasuklah pelancong asing dari negara luar turut bercuti di Kuala Lumpur. Kami melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dinamakan sempena nama Agong pertama (Raja). Bangunan pra-perang di jalan ini, dengan ciri-ciri unik mereka, masih wujud dan dipelihara. Setiap hari Sabtu, antara 5 hingga 10 petang, Lorong Tuanku Abdul Rahman ditutup kepada kenderaan untuk memberi ruang untuk pasar malam yang menawarkan pelbagai jenis fabrik, tekstil, pakaian dan makanan pada harga yang menarik. Tidak dilupakan juga kami melalui Jalan Masjid India untuk membeli barang barang yang dirancang pun Haha.
Sesampainya kami di SOGO KL. Aku dapati terdapat beberapa barang yang promosi. Selepas membeli belah. Kami turun ke aras bawah untuk makan. Saya membeli Boost Juice dan Street Churros manakala ibu dan ayah makan makanan berat. Dalam satu jam kami berehat dan makan, kami pulang. Kami menaiki LRT untuk ke pertukaran stesen MRT. Dari situ kami akan terus menuju ke MRT Kajang.




Pengalaman ini tidak mungkin dapat saya lupakan kerana ini adalah pengalaman manis bersama ibu dan ayah.
No comments:
Post a Comment