Sunday, September 30, 2018

KEM INDUKSI KOLEJ AMINUDDIN BAKI



Kem Induksi bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM dan berlangsung pada 28 September 2018 sehingga 30 September 2018. Ia merupakan ajuran Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Aminuddin Baki.

Program motivasi ini dianjurkan khas untuk pelajar tahun 1 Kolej Aminuddin Baki supaya mereka bersedia dari segi fizikal dan mental. Para pelajar lebih terbuka minda, akal, serta hati melalui kem induksi ini. Sudah tentu banyak halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi semasa kem ini contohnya ‘DOWN’, Burung Hantu dan banyak lagi latihan dalam kumpulan yang kami tempuhi. Daripada kem ini saya dapat memupuk keperibadian dan jati diri supaya lebih berkemampuan menyesuaikan diri dalam alam universiti ini.
Majlis Eksekutif KAB yang banyak membantu kami untuk melalui 3 hari 2 malam di Hutan UKM. Makanan dan minuman di sana jugak di masak oleh MEP KAB. Tetapi pada hari kedua kem induksi, saya dan ahli kumpulan perlu masak sendiri untuk makan malam menggunakan kayu api dan barang barang lain yang disediakan. Pelbagai aktiviti mencabar mental dan fizikal yang perlu kami tempuhi. Kami berkumpulan dan saya berada dalam kumpulan 3. Kumpulan kami mendapat ‘Kumpulan Terbaik’ daripada 10 kumpulan. Saya berasa sangat gembira apabila mendapat kumpulan yang sangat sporting dan sentiasa bekerjasama setiap kali ada tugasan kumpulan yang diberikan. Antara sebab kami mudah rapat kerana sepanjang kem berlangsung dari hari pertama hingga hari ketiga semua peserta kem induksi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon dan perlu dikumpulan oleh AJK Kem tersebut. Ini bagus kerana semua peserta tidak akan menjadi anti-sosial dan lebih banyak berbual atau bercakap sesama ahli kumpulan dan kumpulan lain.

Berkenaan dengan tidur, kami hanya tidur beralaskan tikar getah dan selimut yang kami bawa sendiri. Ini adalah kali pertama saya tidur dalam keadaan menghadap hutan yang gelap gelita. Takut tu takut tapi disebabkan tidur berjemaah maka perasaan takut tu kurang. Pada waktu pagi, saya terlalu sejuk sehingga badan saya menggigil.







Kesimpulannya, ini adalah pengalaman saya yang pertama di UKM ber camping di Hutan UKM.

Tuesday, September 25, 2018

Perarakan sempena Hari Malaysia UKM



TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Pada 21 September 2018, telah berlaku Majlis Perarakan sempena Hari Malaysia pada peringkat UKM. Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti, UKM.
Saya dapat melihat perbarisan dan persembahan oleh setiap kolej-kolej UKM Kampus Bangi. Setiap kolej mempersembahkan pergerakan persembahan yang sangat hebat dengan memakai pakaian pelbagai kaum di Malaysia. Kolej Aminuddin Baki juga tidak terkecuali terlibat dalam perbarisan Hari Malaysia ini dengan penuh semangat. Kedengaran bunyi tepukan gemuruh daripada pelajar UKM memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Perarakan Hari Malaysia dapat memupuk diri saya untuk cintakan negara dan lebih bersemangat patriotik.

Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.
Dengan menyambut Hari Malaysia, kita dapat memupuk perpaduan kaum di peringkat Mahasiswa UKM. Hal ini demikian kerana kerana pelbagai kaum di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Bajau dan banyak lagi turut serta dalam sambutan tersebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan Hari Malaysia.



Thursday, September 20, 2018

Bangi wonderland



Apa yang menarik di Bangi, Selangor ? Banyak tempat menarik di Bangi seperti tempat makan, tempat riadah dan sebagainya. Contohnya, Bangi Wonderland.

Hari ini aku akan ceritakan pengalaman aku bersama rakan-rakan aku pergi ke Bangi Wonderland.

Kami telah bercadang untuk pergi ke Bangi Wonderland sebulan sebelum pergi. Ini kerana salah seorang rakan aku ingin menenangkan fikiran akibat daripada banyak kerja yang perlu dibuat. Selepas membuat pemerhatian tempat menarik di Selangor, kami memilih Bangi Wonderland. Aku bersetuju maka kami membuat keptusan akhir. Kami pergi berempat dengan menyewa satu kereta supaya menyenangkan pergerakkan kami. Kami telah melihat harga tiket sebelum bersetuju supaya tidak mengganggu kewangan kami sebagai seorang mahasiswa universiti.



Pada pukul 10 pagi, aku telah menunggu rakan-rakan aku untuk mengambil aku di kolej. Sambil menunggu aku memakan dan bersarapan kueteow goreng yang dimasak oleh ibuku pada pagi itu. Selepas menunggu dalam 10 minit, akhirnya rakan-rakan aku tiba dengan sebuah myvi kuning. Kami menuju terus ke Bangi Wonderland dari UKM. Ia mengambil masa 15 minit sahaja. Sesampainya kami disana, kami membawa barang yang diperlukan dan pergi ke kaunter tiket. Harga tiket yang perlu kami bayar hanya RM40 sahaja seorang. Ianya murah kerana ia mempunyai promosi bulan November. Selepas membeli tiket, kami pergi ke bahagian pemeriksaan bag untuk memastikan tiada makanan yang dibawa masuk ke taman tema air tersebut. Kami menuju ke tempat salin pakaian untuk menukar pakaian ke pakaian ‘swimming suit’. Kami menyewa loker untuk meletakkan barang-barang kami.

Cuaca pada hari ini sangat cerah dan sangat ceria. Kami menuju ke taman tema air Bangi Wonderland dan mulakan keseronokan. Kami juga menyewa pelampung yang besar. Haha. Kami berempat sangat gembira menaiki semua ‘slide’ yang berada di situ. kami berada di taman tema air tersebut selama 5 jam. Pada jam ke 3, kami berehat dengan membeli air batu campur dan air mineral kerana kami sangat penat dan dahaga. Selepas kami puas, kami bersiap dan menuju ke kedai makan pula. Kami makan di Restoren Pizza Hut dan seterusnya kami pulang ke kolej masing-masing.





Aku sangat gembira pada hari ini di Bangi Wonderland dengan rakan-rakan aku.

Monday, September 17, 2018

Melaka bersama Rakan Kuliah



Pada hari Sabtu, bersamaan 7 April 2018. Aku dengan 6 rakan kuliah aku bercuti ke Melaka. Kami menyewa sebuah kereta MPV. Kami bergerak pada waktu pagi, dan berkumpul di Cafe A Kolej A. Kami terus menuju ke Bandar Melaka. Kenderaan di atas jalan raya dan juga highway tidak terlalu banyak. Sebelum sampai ke destinasi, kami berhenti untuk bersarapan di gerai makan. Kami meneruskan perjalanan dan dalam kurang daripada 1 jam kami telah sampai ke hotel yang telah kami tempah. Kami menyusun barang dan berehat sebentar sebelum kami berjalan-jalan ke Bandar Melaka.

Kami pergi ke Dataran Pahlawan dimana tempat ramai orang melepak dan beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan. Kami berjalan di kawasan tersebut dan melihat permandangan dan suasana di situ. Apabila hari semakin gelap, kami mencari kedai makan untuk makan malam. Kedai makan itu popular dengan asam pedas, jadi kami pun bercadang untuk makan asam pedas ikan pari. Selepas itu, kami berjalan kaki menuju ke Jonker Walk. Pemandangan Bandar Melaka pada waktu malam sangat cantik dengan lampu lampu warna warni di sekitar jalan. Ramai pengunjung pada malam itu. Seterusnya kami menyewa basikal kerana kami juga telah penat berjalan kaki. Kami mengayuh jauh dan kami juga berasa selamat kerana lalluan berbasikal juga ada. Apabila kami semua telah puas bergembira dan penat, kami pun pulang ke bilik hotel untuk berehat dan tidur.



Pada keesokan hari, iaitu hari terakhir kami di melaka, kami check out daripada hotel dan teruskan aktiviti yang lain. Kami telah bercadang untuk bermain go-cart. Salah seorang daripada kami telah memilih go-cart yang bertempat di sebelah taman buaya. Sesampainya kami di tempat itu, kami membayar dan mulakan permainan go cart tersebut. Kami bermain sehingga tengahhari dan perut kami mulai lapar. Setelah habis makan tengah hari, kami pun pulang ke kolej matrikulasi. Ini kerana kami perlu pulang sebelum pukul 6 petang untuk mengelakkan kad matrik kami ditahan. Kami tiba ke kolej dan pulang ke bilik masing-masing.

Aku sangat gembira perjalanan kami 2 hari 1 malam di Melaka sangat menarik bersama-sama rakan-rakan aku. Aku berharap kami dapat bercuti lagi seperti ini pada masa akan datang.











Ostrich Farm Port Dickson

Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...