Tuesday, September 25, 2018

Perarakan sempena Hari Malaysia UKM



TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Pada 21 September 2018, telah berlaku Majlis Perarakan sempena Hari Malaysia pada peringkat UKM. Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti, UKM.
Saya dapat melihat perbarisan dan persembahan oleh setiap kolej-kolej UKM Kampus Bangi. Setiap kolej mempersembahkan pergerakan persembahan yang sangat hebat dengan memakai pakaian pelbagai kaum di Malaysia. Kolej Aminuddin Baki juga tidak terkecuali terlibat dalam perbarisan Hari Malaysia ini dengan penuh semangat. Kedengaran bunyi tepukan gemuruh daripada pelajar UKM memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Perarakan Hari Malaysia dapat memupuk diri saya untuk cintakan negara dan lebih bersemangat patriotik.

Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.
Dengan menyambut Hari Malaysia, kita dapat memupuk perpaduan kaum di peringkat Mahasiswa UKM. Hal ini demikian kerana kerana pelbagai kaum di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Bajau dan banyak lagi turut serta dalam sambutan tersebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan Hari Malaysia.



No comments:

Post a Comment

Ostrich Farm Port Dickson

Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...