Monday, September 17, 2018

Melaka bersama Rakan Kuliah



Pada hari Sabtu, bersamaan 7 April 2018. Aku dengan 6 rakan kuliah aku bercuti ke Melaka. Kami menyewa sebuah kereta MPV. Kami bergerak pada waktu pagi, dan berkumpul di Cafe A Kolej A. Kami terus menuju ke Bandar Melaka. Kenderaan di atas jalan raya dan juga highway tidak terlalu banyak. Sebelum sampai ke destinasi, kami berhenti untuk bersarapan di gerai makan. Kami meneruskan perjalanan dan dalam kurang daripada 1 jam kami telah sampai ke hotel yang telah kami tempah. Kami menyusun barang dan berehat sebentar sebelum kami berjalan-jalan ke Bandar Melaka.

Kami pergi ke Dataran Pahlawan dimana tempat ramai orang melepak dan beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan. Kami berjalan di kawasan tersebut dan melihat permandangan dan suasana di situ. Apabila hari semakin gelap, kami mencari kedai makan untuk makan malam. Kedai makan itu popular dengan asam pedas, jadi kami pun bercadang untuk makan asam pedas ikan pari. Selepas itu, kami berjalan kaki menuju ke Jonker Walk. Pemandangan Bandar Melaka pada waktu malam sangat cantik dengan lampu lampu warna warni di sekitar jalan. Ramai pengunjung pada malam itu. Seterusnya kami menyewa basikal kerana kami juga telah penat berjalan kaki. Kami mengayuh jauh dan kami juga berasa selamat kerana lalluan berbasikal juga ada. Apabila kami semua telah puas bergembira dan penat, kami pun pulang ke bilik hotel untuk berehat dan tidur.



Pada keesokan hari, iaitu hari terakhir kami di melaka, kami check out daripada hotel dan teruskan aktiviti yang lain. Kami telah bercadang untuk bermain go-cart. Salah seorang daripada kami telah memilih go-cart yang bertempat di sebelah taman buaya. Sesampainya kami di tempat itu, kami membayar dan mulakan permainan go cart tersebut. Kami bermain sehingga tengahhari dan perut kami mulai lapar. Setelah habis makan tengah hari, kami pun pulang ke kolej matrikulasi. Ini kerana kami perlu pulang sebelum pukul 6 petang untuk mengelakkan kad matrik kami ditahan. Kami tiba ke kolej dan pulang ke bilik masing-masing.

Aku sangat gembira perjalanan kami 2 hari 1 malam di Melaka sangat menarik bersama-sama rakan-rakan aku. Aku berharap kami dapat bercuti lagi seperti ini pada masa akan datang.











No comments:

Post a Comment

Ostrich Farm Port Dickson

Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...