Tuesday, December 25, 2018

Ostrich Farm Port Dickson



Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang temui burung unta, dan hanya temuinya di zoo sahaja. Tetapi disebabkan kesedaran kebanyak usahawan, mereka membuka ladang dikhaskan untuk burung unta.



Ladang burung unta yang berada di Port Dickson merupakan ladang atau mini zoo yang mempunyai ramai pelancong yang datang. Oleh itu, ianya agak popular. Aku dan rakan kelas aku pergi ke sana untuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Kami perlu membuat laporan tentang bagaimana usahawan menjalankan perniagaan yang berasaskan tumbuhan atau haiwan.



Bagi yang tidak selesa dengan bau busuk atau tempat kotor, tidak digalakkan untuk pergi ke tempat sebegini. Burung unta / burung kasuari yang terdapat di mini zoo di Port Dickson sangat jinak. tetapi pelancong juga perlu berhati-hati. Haiwan yang berada di situ dibiar berkeliaran dan dijaga dengan penuh rapi dan kasih sayang. Pecinta haiwan amat digalakkan datang jika mahu close up dan menyentuh sendiri bulu haiwan yang berada di situ. Orang yang takut dengan binatang yang berbulu dan berbau tidak disarankan untuk datang ke sini.



Selain burung kasuari yang sekitar 20 ekor, ada juga arnab, seekor unta, keldai dan kuda kerdil. Harga tiket untuk masuk ke Ostrich Farm Port Dickson adalah untuk dewasa RM 15 dan kanak-kanak RM 10.



Sunday, December 23, 2018

HARI PERTAMA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


UKM merupakan pilihan nombor satu saya semasa mengisi upu. Pilihan kedua, UM dan ketiga UPM. Saya memilih jurusan Pengajian Perniagaan pada semua universiti yang saya mohon. Setelah beberapa bulan menunggu keputusan di mana saya akan ditempatkan maka Alhamdulillah saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di UKM dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dengan kepujian.

Pada 2 September 2018, saya mula mendaftar diri sebagai seorang mahasiswa UKM. Saya datang pada awal pagi untuk mengelakkan daripada kesesakan yang sudah dapat dijangka bahawa kawasan UKM memang akan sesak dengan pelajar baru yang hendak mendaftar pada hari yang sama. Semasa sampai di pintu masuk UKM, saya terus menuju ke fakulti saya iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Saya perlu mendaftar di fakulti dahulu kemudian saya perlu mendaftar di kolej pula. Di fakulti, saya mendapat kad matrik saya.

Saya mendapat Kolej Aminuddin Baki aka KAB iaitu hanya berhadapan dengan fakulti saya sahaja. Kunci bilik diserahkan kepada saya dan saya dibawa ke bilik dengan bantuan Pemudah Cara untuk saya meletakkan segala barang saya. Setelah selesai mengemas semua barang saya, kami sekeluarga bercadang untuk berjalan-jalan sekitar kawasan UKM dengan menaiki bas Kiffah UKM.


Saya amat gembira kerana ibu ayah, makngah, pakngah, nenek dan sepupu-sepupu saya menghantar saya ada hari pertama saya mendaftar di UKM. Alhamdulillah perjalanan pendaftaran semua berjalan dengan lancar.

Harapan saya di UKM adalah untuk mendapat segulung ijazah sarjana muda dengan keputusan yang cemerlang. Saya ingin membalas jasa ibu bapa walaupun saya tahu saya tidak dapat membalas segala apa yang mereka korbankan untuk saya.

Wednesday, December 19, 2018

BARANG YANG PERLU DIBAWA SEBELUM PERGI BERCUTI.

Ramai yang mempunyai kerunsingan memikirkan barang apa yang perlu di bawa untuk pergi bercuti. Saya akan list kan semua barang  yang basic dan juga sebaliknya.
  1. BAJU
  2. TUDUNG (GIRL) (SCRAF, PIN, PENITI)
  3. SELUAR
  4. PAKAIAN DALAM
  5. TUALA
  6. UBAT-UBATAN (MINYAK ANGIN, BANDAGE, PLASTER LUKA)
  7. SKINCARE
  8. KASUT DAN SELIPAR
  9. STOKING
  10. BAG (GIRL) / (BOY JIKA PERLU)
  11. AIR MINUMAN
  12. MAKANAN YANG PENTING
  13. BARANG-BARANG MANDI DAN MENCUCI MUKA
  14. CAMERA
  15. GADGET(TRAVEL CHARGER, BATERI, POWERBANK, USB, EARPOD)
  16. PASSPORT (JIKA KE LUAR NEGARA)
  17. BAG BAJU KOTOR
  18. DUIT YANG MENCUKUPI
  19. PENAPIS HIDUNG
  20. TRAVEL IRON
  21. NECK-REST PILLOW

Barang-barang ini perlu disusun dengan kemas di dalam bag yang hendak dibawa nanti. Ini kerana ia dapat menjimatkan ruang bagasi. Harap perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi siapa yang hendak pergi bercuti.

Sunday, December 16, 2018

Pesta Buku Big Bad Wolf 2018



Pesta Buku BBW ini adalah pesta buku yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia begitu juga dengan aku. Ia berlangsung di MIECC Exhibition Hall, Seri Kembangan, Serdang, Selangor. Perjalanan aku daripada UKM ke sana mengambil masa 20 minit. Ia berlangsung dari 7 Dec hingga 17 Dec 2018. Pesta buku ini menempatkan berjuta-juta buku. Termasuklah buku ilmiah, buku pelajaran, buku cerita, kanak-kanak dan banyak lagi. Terdapat juga pelbagai buku yang mempunyai pelbagai bahasa. Contohnya bahasa mandarin, spanish, melayu, tamil dan banyak lagi. Oleh sebab itu, ramai pengunjung yang berminat untuk pergi ke Pesta Buku BBW kerana banyak pilihan yang mereka minati.



Aku suka pergi ke sana kerana mereka telah menyusun buku buku mereka mengikut bahagian masing-masing supaya menyenangkan pelanggan mereka mudah mencari buku yang mereka inginkan. Bukan hanya buku biasa yang biasa kita jumpa di kedai buku, tetapi pelbagai jenis, saiz, bentuk buku juga ada di sana. Adalah sangat sesuai dan digalakkan untuk para ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka untuk membeli buku di sana dan membiarkan anak mereka pilih buku yang mereka minati, ini dapat memupuk minat untuk membaca buku dari kecil lagi.

Selain daripada itu, terdapat juga booth jualan baju BBW dan Cafe Wolf. Jualan baju BBW juga mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ini kerana Big Bad Wolf merupakan jenama yang popular. Selain itu, pembukaan Cafe Wolf di pesta buku ini merupakan keputusan yang bijak bagi pihak BBW. Pelanggan seperti aku akan meluangkan banyak masa di situ dan akan berasa dahaga dan juga lapar, jadi aku pergi ke Cafe Wolf untuk memakan dan minum. Begitu juga dengan pelanggan yang lain, terutamanya kanak-kanak yang selalu meragam kerana sering lapar.



Kesimpulannya, membaca buku banyak memberi faedah kepada kehidupan seharian kita. Oleh sebab berlaku peningkatan teknologi pada masa kini, buku sudah tidak lagi ramai yang gunakan. tetapi kita perlu mencegah daripada pelupusan buku ini. Membaca buku akan membuatkan kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan mengurangkan rasa bosan serta mengelakkan diri terjebak daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Thursday, December 13, 2018

HARUM KMNS



HARUM merupakan singkatan untuk Hari Usahawan Muda peringkat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Semua pelajar perakaunan perlu membuka gerai mengikut praktikum masing-masing. Kami telah membuat persediaan awal dan bercadang apa yang perlu dijual untuk mendapat pulangan yang memuaskan. HARUM ini terbuka kepada semua orang bukan sahaja staf dan pelajar kolej tetapi orang awam juga amat diggalakkan datang untuk men-support jualan yang dijalankan oleh pelajar perakauanan.



HARUM dijalankan selama 2 hari berturut-turut. Satu praktikum mempunyai seramai 12-15 pelajar. Jadi mereka akan bergilir-gilir menjaga gerai praktikum masing-masing. Banyak gerai yang menjual makanan dan minuman. Bukan itu sahaja, terdapat juga praktikum yang menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmtan, contohnya Hyena dan Photo Booth. Pelajar perakauanan menumpukan jualan kepada pelajar sains, pensyarah, staf kolej dan juga orang awam.

Pada hari tersebut juga mempunyai Kempen Derma Darah secara percuma yang dijalankan di Dewan Gemilang. Bagi pelajar yang ingin menderma darah mereka boleh mendaftar diri di meja pendaftaran yang disediakan di luar dewan. Kempen ini mendapat sambutan yang ramai terutamanya daripada pelajar-pelajar.

Secara keseluruhan Hari Usahawan Muda ini memberikan pulangan yang lumayan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan berniaga. Di samping itu, ia membantu menyuntik nilai murni seperti bekerjasama dalam diri individu masing-masing. Selain itu, matlamat Hari Usahawan juga dapat dicapai iaitu penyemaian budaya niaga untuk mengasah bakat perniagaan serta memberi pendedahan terhadap bidang tersebut.



Monday, December 10, 2018

FESTER 2018.



FESTER. Singkatan bagi Festival Teater. Ia merupakan anjuran Kelab Teater UKM. Semua kolej Universiti Kebangsaan Malaysia terlibat dengan FESTER ini. Setiap kolej telah membuat persiapan dan berlatih untuk memantapkan seni lakonan teater dan dalam proses pembikinan teater ini kerana ramai yang tahu seni ini adalah bukan sesuatu yang mudah. Tiket masuk hanya bernilai RM 5 untuk belian sebelum hari teater berlangsung, manakala RM 10 untuk penonton yang membeli tiket pada hari kejadian.

Aku hanya pergi ke FESTER bagi Kolej Aminuddin Baki. Bukan aku tidak menyokong kolej-kolej yang lain, tapi aku perlu memberi keutamaan kepada kolej sendiri dahulu. Teater Kolej Aminuddin Baki bertajuk Cemar pada malam itu sangat mengagumkan. Teater ini sangat menyentuh perasaan saya sejak awal teater itu berlangsung. Teater ini juga mengandung pesan moral yang disampaikan dan ia lebih efektif untuk memberikan kesedaran kepada seseorang. Seni teater ini memperkaya dengan ilmu pengetahuan sosial kerana sebuah pertunjukan sosial biasanya membawakan cerita rakyat atau cerita sosial yang bermanfaat.



Pada malam itu, ramai penonton yang hadir bagi melihat teater yang sangat mengagumkan. Poster-poster banyak disebarkan melalui media sosial dan juga tampal tampal di kawasan universiti. Ianya berlangsung di Panggung Seni UKM, dan setiap kolej telah ditetapkan bila hari dan masa yang akan mereka mempersembahkan persembahan teater. Festival ini membuka peluang kepada mereka yang mempunyai bakat terpendam untuk menonjolkan bakat mereka dan mempelajari juga ilmu teater ini. Teater ini sebenarnya merupakan persembahan yang menarik untuk dipertontonkan selain daripada drama, movie dan sebagainya.



Wednesday, December 5, 2018

Penutupan SUKEM



Pada 5 December 2018, telah berlakunya Majlis Penutupan SUKEM iaitu telah berlangsung beberapa hari lepas. SUKEM adalah singkatan bagi Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia nya berlangsung di Stadium UKM. Semua mahasiswa UKM digalakkan untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. SUKEM 2018 kali ini, mempunyai 20 lebih acara sukan yang dilaksanakan. Contohnya, bola sepak, bola jaring, bola tampar, bola baling, pencak silat, takraw, renang dan sebagainya.

Penutupan SUKEM 2018 ini meriah kerana mempunyai perbarisan yang menarik dari setiap kolej. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu dan bacaan doa. Seterusnya setiap MEP SUKAN kolej-kolej membawa bendera kolej masing-masing. Ultras UKM menghangatkan lagi suasana majlis ini. Kolej Aminuddin Baki mendapat tempat pertama dalam acara keseluruhan. Dan juga mendapat johan dalam acara bola sepak 8 tahun berturut-turut. Dari SUKEM ini banyak faedah yang kita perolehi.



BERSUKAN adalah aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam juga menggalakkan umatnya menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak berlebihan di samping membantu sistem perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan.



Bagi golongan remaja pula terutama mahasiswa UKM dan juga mahasiswa university lain, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral dan membuang masa seperti melepak, merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Di samping itu, sukan menjadi salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan antara masyarakat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/manfaat-hidup-bersukan-1.718846#ixzz5Z1YzpAGL © Utusan Melayu (M) Bhd

Ostrich Farm Port Dickson

Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...