Pesta Buku BBW ini adalah pesta buku yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia begitu juga dengan aku. Ia berlangsung di MIECC Exhibition Hall, Seri Kembangan, Serdang, Selangor. Perjalanan aku daripada UKM ke sana mengambil masa 20 minit. Ia berlangsung dari 7 Dec hingga 17 Dec 2018. Pesta buku ini menempatkan berjuta-juta buku. Termasuklah buku ilmiah, buku pelajaran, buku cerita, kanak-kanak dan banyak lagi. Terdapat juga pelbagai buku yang mempunyai pelbagai bahasa. Contohnya bahasa mandarin, spanish, melayu, tamil dan banyak lagi. Oleh sebab itu, ramai pengunjung yang berminat untuk pergi ke Pesta Buku BBW kerana banyak pilihan yang mereka minati.
Aku suka pergi ke sana kerana mereka telah menyusun buku buku mereka mengikut bahagian masing-masing supaya menyenangkan pelanggan mereka mudah mencari buku yang mereka inginkan. Bukan hanya buku biasa yang biasa kita jumpa di kedai buku, tetapi pelbagai jenis, saiz, bentuk buku juga ada di sana. Adalah sangat sesuai dan digalakkan untuk para ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka untuk membeli buku di sana dan membiarkan anak mereka pilih buku yang mereka minati, ini dapat memupuk minat untuk membaca buku dari kecil lagi.
Selain daripada itu, terdapat juga booth jualan baju BBW dan Cafe Wolf. Jualan baju BBW juga mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ini kerana Big Bad Wolf merupakan jenama yang popular. Selain itu, pembukaan Cafe Wolf di pesta buku ini merupakan keputusan yang bijak bagi pihak BBW. Pelanggan seperti aku akan meluangkan banyak masa di situ dan akan berasa dahaga dan juga lapar, jadi aku pergi ke Cafe Wolf untuk memakan dan minum. Begitu juga dengan pelanggan yang lain, terutamanya kanak-kanak yang selalu meragam kerana sering lapar.
Kesimpulannya, membaca buku banyak memberi faedah kepada kehidupan seharian kita. Oleh sebab berlaku peningkatan teknologi pada masa kini, buku sudah tidak lagi ramai yang gunakan. tetapi kita perlu mencegah daripada pelupusan buku ini. Membaca buku akan membuatkan kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan mengurangkan rasa bosan serta mengelakkan diri terjebak daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah.
No comments:
Post a Comment