Sunday, December 23, 2018

HARI PERTAMA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


UKM merupakan pilihan nombor satu saya semasa mengisi upu. Pilihan kedua, UM dan ketiga UPM. Saya memilih jurusan Pengajian Perniagaan pada semua universiti yang saya mohon. Setelah beberapa bulan menunggu keputusan di mana saya akan ditempatkan maka Alhamdulillah saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di UKM dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dengan kepujian.

Pada 2 September 2018, saya mula mendaftar diri sebagai seorang mahasiswa UKM. Saya datang pada awal pagi untuk mengelakkan daripada kesesakan yang sudah dapat dijangka bahawa kawasan UKM memang akan sesak dengan pelajar baru yang hendak mendaftar pada hari yang sama. Semasa sampai di pintu masuk UKM, saya terus menuju ke fakulti saya iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Saya perlu mendaftar di fakulti dahulu kemudian saya perlu mendaftar di kolej pula. Di fakulti, saya mendapat kad matrik saya.

Saya mendapat Kolej Aminuddin Baki aka KAB iaitu hanya berhadapan dengan fakulti saya sahaja. Kunci bilik diserahkan kepada saya dan saya dibawa ke bilik dengan bantuan Pemudah Cara untuk saya meletakkan segala barang saya. Setelah selesai mengemas semua barang saya, kami sekeluarga bercadang untuk berjalan-jalan sekitar kawasan UKM dengan menaiki bas Kiffah UKM.


Saya amat gembira kerana ibu ayah, makngah, pakngah, nenek dan sepupu-sepupu saya menghantar saya ada hari pertama saya mendaftar di UKM. Alhamdulillah perjalanan pendaftaran semua berjalan dengan lancar.

Harapan saya di UKM adalah untuk mendapat segulung ijazah sarjana muda dengan keputusan yang cemerlang. Saya ingin membalas jasa ibu bapa walaupun saya tahu saya tidak dapat membalas segala apa yang mereka korbankan untuk saya.

No comments:

Post a Comment

Ostrich Farm Port Dickson

Burung Unta atau juga dikenali dengan burung kasuari merupakan antara salah satu burung yang bersaiz besar. Pada masa kini, kita jarang te...