Family Day ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Ia melibatkan keluarga belah ayah aku. Maka, semua keluarga di bahagian ayah aku turut serta dalam Family Day ini. Ianya dirancang sebulan sebelum kami pergi ke sini dan dirancang oleh Mak Ucu aku.
Pada hari tersebut iaitu 2 December 2018, aku dan keluarga aku bertolak daripada Johor Bahru pada pukul 1 petang. Ia hanya mengambi masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Tanjung Sedili. Manakala beberapa keluarga yang lain bertolak daripada Batu Pahat. Kami tiba di sana pada pukul 2. Cuaca pada waktu itu sangat berangin dan redup. Bilik sewa yang ditawarkan juga betul betul berhadapan dengan pantai. Pada awal nya aku dan sepupu aku hanya mencelup kaki di gigi pantai itu. Selepas siap mengemas dan mengangkat barang ke dalam bilik masing masing, kami makan bersama-sama makanan yang dimasak oleh nenek dari kampung. Selesai makan, solat zohor dan berehat sebentar kerana hari masih panas. Selepas asar, aku dan keluarga besar aku bersiap untuk pergi mandi di pantai. Kelihatan pantai di situ tidak mempunyai ramai pengunjung, mungkin disebabkan pada hari Ahad negeri Johor sudah mula hari bekerja. Nenek dan atok sedara ku hanya berehat di tepi pantai sambil bermain dengan cucu yang masih kecil lagi. Manakala aku dan yang lain mandi manda di pantai. Pantai itu bersih dan sangat selesa jika nak dibandingkan dengan pantai pantai lain yang pernah aku kunjungi. Sebelum magrib dan hari gelap, kami semua di arahkan pulang ke bilik masing-masing.

Pada waktu malam, makcik-makcik aku sibuk menyiapkan makanan untuk makan malam. Begitu juga dengan pakcik-pakcik aku sibuk membakar ayam (ayam bbq). Selesai magrib, kami semua pergi ke bawah khemah yang di khas kan untuk kami makan malam. Banyak makanan yang dihidangkan seperti Ayam Bbq, Steamboat, Mee Hoon Tomyam, Air Teh dan banyak lagi. Aku makan banyak akibat kelaparan selepas bermain di pantai pada petang itu. Sambil makan kami bercerita dan berbual dan bergelak ketawa. Selepas makan, aku pergi ke bilik untuk merehatkan badan. Tiba-tiba, sepupu aku mengajak aku untuk bermain game Plato dan PUBG. Sambil lepak di beranda yang disediakan oleh pihak chalet, kami bermain game bersama-sama dan mentertawakan siapa yang kalah. Bukan senang untuk meluangkan masa bersama-sama sepupu selalu kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan mereka sendiri.

Pada keesokan hari, aku bersarapan di bawah pokok kelapa sambil melihat pantai dengan cuaca yang sangat nyaman. Pelbagai permainan yang dijalankan pada pagi itu, atau boleh didefiniskan sebagai Sukaneka. Selepas semua acara telah dimainkan, kami pulang ke bilik masing masing untuk bersiap pulang ke kediaman sendiri. Pengalaman yang sangat manis ini akan sentiasa teringat di fikiran aku. Pada masa akan datang, aku berharap Family Day ini akan dijalankan lagi !

No comments:
Post a Comment